Sabtu, 27 Julai 2013

InsyaAllah Perkongsian Baru =D

Assalamualaikum..

Alhamdulilah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Besar Rasulullah s.a.w, keluarga Baginda, para Sahabat dan orang-orang soleh yang telah mendahului kita dalam keimanan dan telah menunjukkan kepada kita jalan-jalan menuju cahaya Ilahi..

Alhamdulilah !!! Bersyukur kita ke hadrat Allah kerana masih lagi diberikan nyawa, masih disambung lagi kehidupan, dan diberikan pelbagai peluang untuk terus berusaha menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah..InsyaAllah..

Baik !! mesti antum semua tertanya-tanya mana perginya BLOG nurul islam nie..menyepi jeww..lepas buat mukaddimah blog terus LENYAP...tak muncul2..aduhh malu ana..haha, memandangkan ana buzy sebagai pelajar siswi insyaallah..penulisan blog tetap di teruskan cuma masa tidak menginzinkan tapi sibuk2 ana tidak bermakna ana berdiam diri..tetap meneruskan perkongsian ilmu pada antum semua..kalau bukan di blog..insyaallah di facebook..


Betul tak cat?? Cat pun bersemangat !!



Alhamdulilah...bersyukur kerna ana masih boleh menaip, menggunakan nikmat tangan dengan menyebarkan ilmu ALLAH =D
Baik sebenarnya hari nie, ana nak berkongsi sedikit cerita di Bulan Ramadhan mengenai Hadiah Bersedekah =DD





Wah ! bersedekah pun ada hadiah?? Semestinyaa..
Semalam ana bawak adik2 gie bazar....macam biasa selalunya pasar2 awam nie akan ada peti sedekah dari rumah anak-anak yatim..kadang-kadang kita lihat ada yang minta sedekah dan sebagainya...jadi sebagai seorang kakak mahupun kakak2 di luar sana atau pun abang-abang,ibu ayah...ambil kesempatan ini tarbiyah adik-adik...anak2 kita..
ANAK KITA?? Haha..


Ana : Aqil dengan kak ayang..ambil duit nie...

Adik2 : Untuk apa kakak???

Ana : Nampak tak peti tuu...??

Adik2 : Nampak???

Ana : Jadi masukkan duit tu ke dalam peti tuu..

Adik2 : Dah kak..

Ana : Alhamdulilah...

Adik2: Itu untuk apa kak...??

Ana : Hurmmm...yg adik2 kakak buat tadi tuu adalah SEDEKAH...

Adik2: Sedekah?? apa tuu kak??

Sedekah tuuu adalah pemberian yang baik dan bermanfaat..kepada orang-orang yang memerlukan macam orang-orang miskin, anak-anak yatim, rumah orang-orang tua (yang tadi adik-adik akak sedekah knn tuu) dan sebagainya..tujuan kita sedekah?? tak lain adalah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. dan membantu mereka-mereka yang serba kekurangan..Dalam bulan ramadhan nie sangat mengalak kan kita untuk bersedekah..dannn BERSEDEKAH nie ada hadiahnyaa tau..

Adik2 : Ha?? Dapat hadiahh =DD

Ana: Yupz..hadiah?? seronok tak?? nanti kita sambung kat rumah..kalau kakak cerita sampai habis..baik kakak buat ceramah terus kat sini..mcm Fatimah Syarha hahaha..

perbualan berhenti seketika..sambil menunggu penjual membungkus air..setelah selesai..segera penjual tu mengarah anaknya untuk berikan pada ana..

Penjual : Ambil air nie bg kat mak cik tuu? 

Ha? mak cik?? hahaha..dalam hati dah gelak-gelak..mak cik panggilnya..mungkin gaya ana dengn adik-adik mengalahkan seorang IBU..insyaAllah bakal ibu mithali huhu,dalam hati lepas nie boleh bawak adik2..haha..insyaAllah tak diganggu..sebab ana dah ada anak hehehe..



  
BAIK !!
Berpalik pada hadiah tika kita bersedekah..insyaAllah antaranyaa...ialah PERTAMA kita diampuni DOSA..

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi, di shahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi, 614)

Kedua  org2 yg bersedekah ini Allah akan melipatgandakan pahala bagi mereka..

Allah Ta’ala berfirman:
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)

Ketiga Orang yang bersedekah akan mendapatkan naungan di hari akhir. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menceritakan tentang 7 jenis manusia yang mendapat naungan di suatu hari yang ketika itu tidak ada naungan lain selain dari Allah, yaitu hari akhirat. Salah satu jenis manusia yang mendapatkannya adalah:

 Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.” (HR. Bukhari no. 1421)

Ke empat :
Sedekah memberi keberkahan pada harta.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)

Ke Lima :
Sedekah akan menjadi bukti keimanan seseorang.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sedekah adalah bukti.” (HR. Muslim no.223) An Nawawi menjelaskan: “Yaitu bukti kebenaran imannya. Oleh karena itu shadaqah dinamakan demikian karena merupakan bukti dari Shidqu Imanihi (kebenaran imannya)”

Ke Enam :
Sedekah dapat membebaskan dari siksa kubur.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur.” (HR. Thabrani, di shahihkan Al Albani dalam Shahih At Targhib, 873)

 Ke Tujuh :
Sedekah dapat mencegah pedagang melakukan maksiat dalam jual-beli..

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Wahai para pedagang, sesungguhnya setan dan dosa keduanya hadir dalam jual-beli. Maka hiasilah jual-beli kalian dengan sedekah.” (HR. Tirmidzi no. 1208, ia berkata: “Hasan shahih”)

 Ke Lapan :
Orang yang bersedekah merasakan dada yang lapang dan hati yang bahagia.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan permisalan yang bagus tentang orang yang dermawan dengan orang yang pelit: “Perumpamaan orang yang pelit dengan orang yang bersedekah seperti dua orang yang memiliki baju besi, yang bila dipakai menutupi dada hingga selangkangannya. Orang yang bersedekah, oleh kerana sedekahnya ia merasakan bajunya lapang dan longgar di kulitnya. Sampai ujung jarinya tidak terlihat dan baju besinya tidak meninggalkan bekas pada kulitnya. Sedangkan orang yang pelit, oleh kerana pelitnya ia merasakan setiap lingkar baju besinya merekat erat di kulitnya. Ia berusaha melonggarkannya namun tidak bisa.” (HR. Bukhari no. 1443)

Dan hal ini tentu pernah kita buktikan sendiri bukan? Ada rasa senang, bangga, dada yang lapang setelah kita memberikan sedekah kepada orang lain yang membutuhkan. Dan masih banyak lagi dalil-dalil yang mengabarkan tentang manfaat sedekah dan keutamaan orang yang bersedekah..WaAllahualam..Selamat Beramal..Salam RAMADHAN..







Selasa, 18 Jun 2013

NurUl Islam Blog =D

MUQADDimah..

Assalamualaikum..

Alhamdulilah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Besar Rasulullah s.a.w, keluarga Baginda, para Sahabat dan orang-orang soleh yang telah mendahului kita dalam keimanan dan telah menunjukkan kepada kita jalan-jalan menuju cahaya Ilahi..

Alhamdulilah,Bersyukur kita ke hadrat Allah kerana masih lagi diberikan nyawa, masih disambung lagi kehidupan, dan diberikan pelbagai peluang untuk terus berusaha menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah..InsyaAllah.. 

Alhamdulilah !! pada 18 Jun 2013 bersamaan dengan 9 sha'aban, saya memulakan penulisan blog saya ini dengan bahagian mukadimahnya. Tiada harapan yang lebih tinggi dan lebih besar melainkan penulisan ini juga dikira sebagai sebahagian amal soleh dan menjadi saham akhirat saya nanti..insyaAllah..


Baik !! agak2 nyaaa kenapa saya buat blog yaa?? 




perlu kew??? bagi saya PERLU !! memandangkan saya masih blom berbakat untuk bercakap secara umum..mcm Fatimah Syarha ecece..BAKAL, aminn insyaAllah..(dalam rumah boleh lah) maka saya mengunakan pendekatan menulis di laman blog..tak kisah lah dari segi apa janji saya telah menjalankan tugas saya sebagai HAMBA nya iaitu tujuan Allah menciptakan manusia..kalau tak bukan hanya menjadi HAMBAnya..KHALIFAH..juga DAIE..

Firman Allah S.W.T :
'' TIdak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada ku''
Surah az-Zariyat (ayat 56)

Eh? Apa tuu DAIE?? maksud daie kalau dari segi istilahnya ialah pendakwah..jangan sempitkan pemikiran kita, asalkan kita sebut dakwah jew mesti nak tuju terus kat ustaz/ustazah..silap besarrr, daie itu adalah salah satu sebab Allah menjadikan manusia..Kalau kita ajak sahabat pada jalan kebaikan, itu juga antara salah satu dakwah..mcm mn nak berdakwah?? LA IQRA HA FIDDIN ( Tiada paksaan dalam islam) nak berdakwah dgn mengunakan cara apa pun boleh..mempunyai akhlak yang baik juga merupakan daie..kerna apa? dari akhlak kita mereka jadikan contoh..

Eh, bagus lah budak niee..menghormati org tua, hebat budak nieh..muda2 lagi dah jadi imam...suara dye perghh merdu gilerr~~ tenang ! makin ramai yang datang masjid niee..Alhamdulilahh..

Boleh jewww...
''Islah nafsak, wad'u ghairak'' Perbaiki diri kamu, dan(pada masa yang sama) ajak orang lain(memperbaiki diri macam kamu juga) bukannyaa nak islah diri tuu sampai dah jadi soleh dan solehah..kalau mcm tuu, sampai bila dakwah akan berjalan?? Kita berdakwah sambil itu kita mentarbiyah diri kita..dalam tak sedar dua perkara yg kita perolehi, pertama kita sudah menjalankan tugas kita sebagai seorang daie dan yang ke dua kita berubah ke arah kebaikan..

Rasulullah SAW bersabda :
''Sampaikan daripada aku, walaupun sepotong ayat''
Hadith riwayat Bukhari


















Recent News

Recent News